Sunday 11 August 2013

Keunikan Keropok Kak Yah

Keropok Losong Kak Yah semakin dikenali sehingga pernah disiarkan di dalam siaran TV 8. Siaran ini menceritakan mengenai perkara yang paling menarik yang ada di Kuala Terengganu. Ini membuktikan keropok losong Kak Yah begitu terkenal dan di minati ramai sehingga di siarkan didalam media.

Disini terdapat sedikit bingkasan mengenai Keropok Lekor Kak Yah












Saturday 10 August 2013

Latar Belakang



Puan Sariah bt. Ismail atau lebih dikenali sebagai Kak Yah memulakan perniagaan keropok lekor pada tahun 1990. Pada awal pembabitannya, beliau hanya mampu memiliki tiga orang pekerja sahaja. Setelah itu sedikit demi sedikit veliau mula mengembangkan perniagaannya. Berbekalkan modal sebanyak tujuh ribu ringgit beliau mula membeli mesin penghancur isi ikan dan mesin pengasingan tulang. Kini hampir enam belas tahun beroperasi perniagaannya semakin dikenali ramai tidak kira penduduk tempatan mahupun luar.

Dengan 18 orang pekerja, perniagaannya memulakan operasi seawal jam 8.30 pagi sehingga 7.30 petang. Pembuatan keropok lekor dimulakan dengan menyiang ikan dan dibersihkan kemudian diasingkan tulang dan dikisar menggunakan mesin khas.

Isi ikan tersebut akan dicampur dengan tepung sagu, garam dan serbuk perasa. Setelah itu bahan-bahan tersebut akan diuli dengan cara manual bagi memelihara keaslian dan keenakan rasa keropok lekor tersebut.

Akhir sekali keropok ini akan direbus atau digoreng. Selain itu Kak Yah turut mengeluarkan produk lain seperti sos pencicah dari resepi istimewa beliau sendiri dan keropok kering yang terdiri daripada ikan, sotong dan udang.

Untuk meluaskan lagi perniagaannya, beliau turut memasarkan produk-produknya ke Kuala Lumpur, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Malahan sehingga kini banyak hotel-hotel tempatan membuat tempahan bagi acara-acara tertentu.

Untuk memantapkan lagi perniagaan, beliau kini merancang beberapa strategi diantaranya menambahkan bilangan pekerja dan mesin, serta memperkenalkan teknik pembungkusan yang lebih praktikal. Selain itu, beliau merancang meluaskan pasaran keropok lekor untuk tempatan dan juga luar negara bersesuaian dengan saranan kerajaan untuk meningkatkan bilangan pengeluaran produk pribumi tempatan ke persada antarabangsa.